Wednesday, October 24, 2012

Faith in Allah


Wednesday, October 10, 2012

Show Your Parents You Love Them







Wednesday, October 3, 2012

Bersangka Baik (Husnuzon)



Assalamualaikum wbt

Bila sebut tentang bersangka baik, sejujurnya pada saya ianya bukan mudah. Kenapa saya rasa ianya bukan mudah? Setiap hari kita akan bertemu dengan ramai orang dalam hidup kita, tak kira yang mengenali kita atau tidak. Makin ramai yang kita jumpa, makin banyak perception yang hadir dalam fikiran kita. Itu normal dan kadang-kadang perception itu lahir di luar kawalan kita.

Pada saya perception dan cara kita memandang sesuatu perkara atau pada seseorang banyak bergantung pada siapa diri kita. Dan dari situ saya sedar, dalam hidup ini saya kena banyak belajar mendidik dan mengingatkan diri untuk positif sebab tiada siapa yang dapat mengubah perception negative kecuali diri sendiri.

Saya ambil contoh, dalam kehidupan kita kadang-kadang kita berdepan dengan masalah. Kita rasa sedih dan marah, kemana kita salurkan rasa sedih dan marah tadi? Semua ada pandangan dan cara yang tersendiri. Jika saya dalam situasi ini, perkara pertama yang akan saya lakukan ialah menangis. Yes, saya memang akan menangis. Itu diri saya, memang itu cara saya meluahkan perasaan saya. Saya akan berlalu dari situasi itu, bersendirian dan menangis sepuasnya.

Selepas puas meluahkan perasaan saya dengan menangis, saya akan cepat-cepat ambil wuduk sebab saya tahu di saat itu syaitan dengan mudah akan datang dan menghasut pemikiran saya untuk terus di bawa-bawa perasaan itu (tipu daya syaitan).  Kemudian saya akan dirikan solat dan semasa solat, memang kebiasaannya dengan mudah sekali lagi air mata membasahi pipi. Saya mengadu, mengadu kepada Allah. Allah uji saya dengan ujian itu untuk buat saya sedar ada silap dan dosa saya yang perlu saya perbetulkan. Sekelip mata usai solat, hati ini menjadi sangat tenang. Satu ketenangan sehingga saya lupa apa sebab tangisan saya tadi. MashaAllah, kesan solat buat kita umat Islam, memang luar biasa. Lebih elok disertakan dengan membaca Al-Quran. In sha Allah dipermudahkan untuk kita lalui saat itu. 
Memang tiada langsung perasaan marah atau sedih tadi. Sekelip mata hilang. Malah menjadi lebih positif dan sabar. Dan ketika itulah perasaan untuk husnuzon (bersangka baik) akan hadir dalam hati.

Saya berpendapat, untuk bersangka baik ianya bermula dari dalam diri. Saya suka reflect diri saya dahulu. It’s just like we stand in front of the mirror and we look at ourselves. Seperti doa ketika bercermin – “Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka elokkanlah pula akhlakku”. Lihat silap dalam diri, silap yang membawa kita kepada masalah itu dan senaraikan kesilapan tersebut. Mesti ada silap dari diri kita sendiri yang menyumbang kepada masalah itu. Teruskan positif dan positif.
Saya akan perbetulkan kesilapan diri dan improve diri saya dahulu sebelum memandang orang lain sebagai punca  masalah itu. Masa akan menentukan, dengan kematangan dalam diri In sha Allah kita dapat perbetulkan dan menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang kita hadapi.

Saya berpendapat untuk kita bersangka baik dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya pegangan agama, environment, cara kita dibesarkan, keluarga, pergaulan dan ilmu. 

Sebagai kesimpulan, apa yang cuba saya sampaikan di sini saya mungkin bukan selalu positif. Ada masa sedih, ada masa marah dan ada masa terasa hati. Tapi ini bukan tiket untuk saya di belenggu perasaan negatif itu. Jadi saya pilih untuk selalu bersangka baik dan tidak putus berdoa pertolongan dari Allah untuk mendapat jalan penyelesaian yang terbaik. Masalah datang dari Allah dan dari Allah juga kita mendapat penyelesaian. In Sha Allah.

Allah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”  
-Al-Hujuraat ayat 12 -

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Imam asy-Syafi'i berkata :

"Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia"
Sama-sama kita cuba tanamkan sifat husnuzon (bersangka baik) sesama kita, percayalah pasti kita akan rasa lebih tenang dan positif. 
I believe we can do it, let’s start from now brothers and sisters :)



Thursday, May 31, 2012

Muslimah Empowered


Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya kan, saya selalu rasa semakin banyak ilmu dituntut, saya rasa makin kerdil diri saya dalam mendalami ilmu, terutama sekali ilmu Agama. SubhanaAllah sememangnya ilmu Allah itu memang luas. Saya pasti ramai yang berpelajaran tinggi, ke menara gading malah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang. Saya terfikir, sejak kecil digalakkan menuntut ilmu, tapikan sejauh mana ilmu itu saya manfaatkan untuk  masyarakat dan sejauhmana pula saya amalkan ilmu itu. Itu yang saya fikirkan. Waallahualam.  

Seronok bila ilmu yang kita dapat, kita dapat amalkannya kerana ilmu tanpa amal tiada gunanya bukan? Seronok jika ilmu itu disebarkan dan dikongsikan bersama, malah dijanjikan lebih banyak ilmu yang akan kita akan dapat. Apatah lagi jika mengajak orang lain untuk ke majlis ilmu, berganda manfaatnya! In sha Allah.  Jadi saya ingin kongsikan bersama awak semua tentang satu conference iaitu Muslimah Empowered yang akan berlangsung pada 30 Jun 2012 (Ahad) di MATRADE Exhibition and Convention Centre (MECC). Bila tengok topik-topik dan para speaker jemputan, saya terus kata, "I want to go. MUST!" In sha Allah.




Untuk keterangan lebih lanjut mengenai conference ini, boleh klik disini.  Jom ramai-ramai!. Oh ye tiket juga boleh di beli secara online tau, mudah kan! Ajak kawan-kawan juga sebab pembelian lebih daripada 5 tiket, anda boleh dapat diskaun 10% :) 

“A Muslimah Empowered, A Community Inspired” 

Jumpa disana!
In sha Allah 










 

Copyright © Nanie Hussin 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.